25 jun 2011::sabtu::10.20pagi
hari ni abah adam kena keja..mcm biasa la, abah kena OT 2mggu skali on weekend..so, kt umah cuma mak n adam..mggu ni ada perjumpaan Kumpulan Sokongan Susu Ibu di MLO, byn baru...mak mmg nekad nak pegi.lgpun abah keja, bosan jugak nak duduk umah jer kan..hehe...tapi kalau nak pegi dgn abah, awal sangat n lambat giler nak tunggu abah balik..so, mak decide, "this will our 1st short journey together!!"
org kata mak tak bleh nerves sbb nanti bb detect n turut meragam...so, mak just relax..before pegi, mak dah bagi adam makan siap2, 3.5oz susu dlm botol..sambil minum, adam dah ngantuk.abis minum, adam tido..hehe..mak angkat adam slow2 n bwk adam ke kereta, letak dlm car seat, ikat tali pinggang n tepuk2, adam sambung tido balik...mak drive dgn tenang walau jln agak sesak sbb adam tido...
arrived @ MLO dgn selamat!!!alhamdulillah.....mak risau perjalanan balik pulak..maklum la, Bayan Baru n Hospital Penang tu dlm 30min jugak..jln pulak bz..huhu...tapi perjalanan balik pun adam tido..lega sgt2 berjaya menjayakan misi berdua dgn adam!! AILEBIU ADAM!!!next time bleh buat lg kan...hehe...
Sunday, 26 June 2011
~OUR 1ST JOURNEY TOGETHER~
Posted by jasmah at 05:51 0 comments
Thursday, 16 June 2011
kuntum gigi hilang lagi...
aduhh....sapa penah sakit gigi angkat tangan!!!mak dah 2x cabut gigi..skrg nih sakit lagi..huhu...sepanjang training MBFPC pun mmg mak sakit, tapi mak x mau layan sbb mak nak belajar...okies...
hari isnin :: nak gi klinik swasta ke kerajaan...sure ramai org kat gomen, gi swasta je la..dokter cek2...wah...katanya dah ada infection skit, so balik mkn ubat n antibiotik dulu la ye..okies...rm35 melayang, dpt MC 1 hari...rabu dtg semula lps keja utk cabut..okies...
rabu lps keja :: gi mkn dulu la kot sblm cabut gigi...hehe..kang dah cabut sure x leh makan...aduh, lama gak nak tunggu patient yg kat dlm bilik tu kuaq..teruk sgt ka gigi dia dgr dokter dok gerudi2...isk..ngeri....
sampai turn mak...macam x rela ja nak masuk.mak ni penakut ngan dokter gigi...hahaha....bila duk je atas kerusi tu, dokter tu cita la pasal kos2 yg mungkin dikenakan ke atas mak..okies, cabut gigi ja rm60-80..mak ai..mahai gak...tapi yg x tahan bila dia kata " gigi ni dah teruk, jadi mungkin bila cabut tu, dia pecah2, n mungkin akar tu boleh tertinggal di dalam, so perlu surgery..kos utk surgery up to rm250." woooo!!!RM250!!!mak kata kat dia, sy x bawak bajet, x pelaa...sy gi cabut kat klinik gomen je la esok..haha....dia pun ok jer la..tp yg x tahan tu, kos air liur tu je RM35!!!wah wah wah.....
pagi ni, mak bawak adam gi nursery...adam duk skolah yer, mak nak gi cabut gigi...gi klinik bukit jambul, dokter tu slamber je bila tau mak ni staf hospital..siap gelak kat mak bila mak kata, mak x tau lak di spital ada dental gak..wakakaa...mak mmg teruk..snggup drive all the way ke bukit jambul..actually, mak nak cari tempat yg mak selesa jer..bila ramai sgt patient, mesti mak nerves...haha..
so, dah di cabut la sekuntum lagi gigi mak...ni dah gigi ke-3 dah mak kena cabut.aduh............
Posted by jasmah at 00:01 0 comments
Wednesday, 15 June 2011
MBfPC Training...I LIKE!!!
tarikh :: 10 jun - 12 jun 2011
Posted by jasmah at 23:26 0 comments
Penang ~~ Perlis...SUSPEN WOOO!!!
haa...entry kali ni mak adam nak cita pasal training nih jer..diadakan di WNS Homestay di alor setar..mak x penah drive sendiri tapi mak yakin mak bule nye lah...so, abah adam mmg support mak, dia pun amik cuti khamis jumaat sama mcm mak..alhamdulillah, mak dpt suami n adam dpt bapa yang sgt menyokong breastfeeding.so, pagi2 dia dah kuar gi beli ais utk bawa balik susu adam..diringkaskan citer, mak pun buat mcm yg kwn2 KIM suggest..mak cuma ada polisterin putih yg bodo tu jer.hehe...
first, tabur ais kat bwh dulu..then susun2 botol2 susu utk adam kat tgh2, then tabus lg ais kat atas..atas sekali mak letak ice pack 6 ketul, mmg utk mak bwk gi alor star nnti...ops...sblm letak ice pack mak tabur dulu garam kat ais tu spy lambat cair..okies, so bleh teruskan perjalanan...
perjalanan agak mcm2 la, pegi sana sini dulu sblm kuar dr penang.tp xpe la.....mak confident ais tu x cair...dipendekkan lagi, dah smpai alor star, abah adam tanya, nak gi tgk x tempat kursus dulu? (almaklumla, bini dia ni x penah drive kat alor star sorg2, watnye sesat kang..) mak iya kan je laa..mmg nak pun...tetiba bila stop di traffic lite, mak mcm dgr bunyi ais cair..alamak!!!!ais cair???!!susu adam cair x???suspen giler ahh...hati mak terus dub dab dub dab.....kalau cair mmg teruk la mak.ada 30oz lebih dlm tu utk adam..huwaaa!!!
apa lagi, mak suh abah pecut la utk cpt smpai umah tok di Tambun Tulang tu...abah pun pecut la dgn penuh skil...tp malangnya nasib, kena follow mcm2 kenderaan..abah give up la nak potong2, mmg byk kenderaan kat depan..mak pun pasrah jer la....huhu....
smpai jer umah, mak dah warning kat abah..bwk masuk polisterin tu dulu nk simpan susu..yg lain2 x penting..haha....abah angkat polisterin tu gi dapur...bila saat nak buka penutup...jeng jeng jeng.......hehe....elleh!!abah kata, sikit pun x cair.haha...ais yg cair tu ada la dlm 10% jer pun, dlm masa lbh kurang 5jam gak...hehe...suspen betul kan...
so, mak rilek laa...xde risau2...utk kursus dgn tenang esoknya..abah adam dah setuju nak jaga adam bersama tok n aunty2 adam..alhamdulillah....
Posted by jasmah at 23:13 0 comments
Tuesday, 7 June 2011
ALOR SETAR OH ALOR SETAR....
alhamdulillah....3 Jun 2011, mak dpt emel dr MBfPC..mak dpt jemputan ke bengkel Peer Counselor MBfPC..mmg tu laa idaman mak..nak sgt2 menuntut ilmu breastfeeding sedalam-dalamnya...tapi tarikh tutup untuk antar borang2 berkaitan n bank in yuran pun 3 JUN 2011!!!waaa....mak cek emel dah kul 2.30ptg..kang ada klien lak kul 3ptg..huhu..cemana nih???
xpe2....jangan panik jasmah...mak kata dlm ati je la padahal sume orang dah nampak mak stress..haha....
pendek cite lah, mak pun berjaya siapkan sume borang2 tu dalam sekejip mata jer..mujur la idea pun mencurah2 nak jawab soal selidik yg dibagi tu.dah siap jawab, mak pun emel la kat admin..alhamdulillah...selesai..mlm kang baru bank in duit tu...
setel dah bab registration, emel reply pun dah dapat...kompom mak akan attend bengkel tu..cuti mak pun dah lulus...abah pun ok dah...
so, mak akan ulang alik arau-alor star tetiap hari selama 3hari berturut2, kuar kul 6.30pg, balik kul 6ptg, sampai dlm 7mlm @ lebih laa....yg mak risau skrg nih...susu adam...huhu...mak harap cukup la dgn stok sciput tu.....nak bawak adam gi bengkel tapi nak bagi tok,tokwan and mak-mak menakan adam main dengan adam.tapi mak yakin, susu adam musti cukup lah..hehe...
so, esok last day mak keja sebab khamis mak cuti n nak balik kampung.jumaat mak akan mula berbengkel..insya Allah....
Posted by jasmah at 06:15 0 comments
Thursday, 2 June 2011
MAK KENA GI KURSUS!!!
erm.....arini mak adam kena gi kursus...aduh...beratnya hati nk pegi.takut mak xleh nk pumping dgn selesa..tapi kursus ni bernilai...KURSUS ASAS KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK & REMAJA..bkn ke bernilai nih??xpe, mak pegi laa....lgpun mak ada kwn kt sana, insya allah, mak bleh pumping dgn tenang...
sebelum gi kursus..."abang, jom beli cooler bag 1 lg utk mak bwk pi kursus.yg ada tu utk nursery adam..." "ok ayg.." so, bila nk pi beli??nnti la....tiba2...jam 9.50mlm, setelah balik dr tesco beli brg utk wat cheese kek, "ABANG!!!COOLER BAG ADAM X BELI...ESOK NK GI KURSUS!!!HUHU..." mak dah xleh senyum nih...cemana ni??huwaaa....mak blank! tetiba...jeng jeng jeng....
"hello, assalamualaikum..kak safia,ada x cooler bag?nak pinjam..."
"ada..tp besar la..utk 9-10 botol..yg kecik dah rosak..xpe ke?"
"xpe je kak....janji ada....jap sy gi amik yer...tq kak.."
huh! mujur ada kak safia yg umah nye selang 3tingkat je kat atas ni haa...lega la hati mak...
mak pun dpt gi kursus dgn leganya walaupun terpaksa letak bekas2 kosong sbb nk bg penuh beg yg besar tu..hehe...THANK YOU KAK SAFIA....
Posted by jasmah at 04:59 0 comments
Wednesday, 18 May 2011
Bayi tidak perlu makanan, minuman selain susu ibu
APABILA memperkatakan khasiat dan kebaikan penyusuan susu ibu, ramai yang sudah mengetahui dan mengakui kebaikannya. Malah, beberapa kajian yang dibuat di seluruh dunia mendapati, kandungan khasiat susu ibu tidak setanding dengan mana-mana susu yang ada di pasaran.
Walaupun syarikat pengeluar susu formula dari semasa ke semasa cuba menambahkan pelbagai rumusan dalam susu yang dihasilkan, khasiatnya masih tidak dapat mengatasi susu ibu. Kandungan semula jadi antibodi dalam susu ibu yang boleh mencegah penyakit seperti selesema, batuk, lelah dan cirit- birit pada bayi ternyata, tidak mampu dicipta hingga ke hari ini.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Wan Hamilton Wan Hasan, berkata wanita yang baru bersalin jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Jika seseorang wanita itu berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini sudah pasti ibu berkenaan mampu memberikannya susu terbaik, iaitu susu badan sendiri yang dianugerahkan semula jadi kepada ibu baru bersalin. Dr Wan Hamilton berkata, sebaik-baiknya jangan berikan bayi susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu hingga berusia di antara empat hingga enam bulan.
Katanya, selain mengandungi antibodi, susu ibu juga banyak kelebihan lain. Antaranya ialah mengurangkan risiko barah payudara dan ovari, membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan pemulihan selepas bersalin. Di samping, mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan. Kata Dr Wan Hamilton, amalan penyusuan susu pada bayi juga satu kaedah terbaik untuk merancang keluarga. Penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam tempoh empat hingga enam bulan pertama akan melewatkan kedatangan haid dan sekali gus boleh menjarakkan kehamilan.
"Malah, penyusuan susu ibu paling baik bagi membantu wanita melangsingkan badan semula selepas bersalin. Kebanyakan wanita sukar mengembalikan potongan badan bentuk asal selepas bersalin kerana ketika mengandung, berat badan akan naik sedikit. Tetapi, selepas bersalin kandungan lemak yang tertinggal di antara 200 gram hingga 300 gram akan dibakar dengan cara menyusukan anak," katanya ketika berceramah pada forum awam sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Forum awam itu anjuran Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia dengan kerjasama Puspanita HKL dan Persatuan Wanita Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras.
Dr Wan Hamilton yang membincangkan mengenai Faedah Susu Ibu dan Kehidupan Kanak-Kanak, berkata selain itu penyusuan susu ibu adalah mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana saja, pada bila-bila masa dan tidak memerlukan penyediaan. Di samping, menjimatkan kerana keluarga tidak perlu membeli susu formula dan peralatan penyusuan. Katanya, dakapan hari pertama menyusukan anak adalah waktu yang amat penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu tetapi susu awal ibu yang pekat dan berwarna kekuningan ini sangat elok diberikan kepada bayi. Walaupun tidak banyak, kandungan zat yang tinggi dalam susu awal ibu sudah cukup untuk bayi yang kali pertama menikmati hisapan payudara ibunya.
"Susu ini dinamakan kolestrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi daripada penyakit. Kolestrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi," terang beliau. Jelasnya lagi, proses pembentukan dan pengeluaran susu ibu adalah hasil tindak balas otak yang mengeluarkan hormon prolactin dan oxytocin apabila hisapan dikenakan pada puting dan tampuk susu (areola). Kata Dr Wan Hamilton, pengeluaran susu dikawal secara semula jadi oleh hormon itu dan ia bergantung kepada keperluan bayi. Semakin galak bayi menghisap, makin banyak hormon dibebaskan dan lebih hormon bermakna lebih banyak susu terhasil.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, bagi memastikan penyusuan susu ibu berkesan beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya:
* Memastikan kesihatan baik.
* Membuka minda dan sentiasa meningkatkan pengetahuan.
* Pemeriksaan kesihatan ditingkatkan ketika kehamilan.
* Mendapat sokongan suami dan ahli keluarga yang lain.
Katanya, kurang sokongan ahli keluarga menyebabkan ibu muda terutamanya, kurang yakin akan kebolehannya untuk terus menyusukan bayi. Ini antaranya membabitkan kes suami kurang bersetuju kerana berasa seolah-olah terabai apabila isteri memberi tumpuan kepada si kecil. Malah ada juga yang bergantung kepada isteri untuk melakukan tugas rumah.
* Kurang sokongan keluarga akan melunturkan semangat ibu untuk terus menyusukan bayi dan ia berpanjangan kepada anak seterusnya," kata Dr Wan Hamilton.
Selain itu, katanya, bagi pasangan yang kurang mendapat sokongan mentua, penjelasan mengenai kebaikan susu ibu perlu bagi mengelakkan perbalahan dan salah faham.
"Keadaan tegang seumpama itu boleh mempengaruhi kadar pengeluaran susu ibu kerana penyusuan susu ibu berkait rapat dengan aspek emosi. Jika emosi ibu terganggu, kadar pengeluaran susu dan keinginan anak untuk menyusu juga terjejas dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan," katanya. Dr Wan Hamilton berkata, dalam keadaan tertentu ada wanita yang tidak boleh menyusukan anaknya, iaitu ibu menghidap HIV dan juga yang menghidapi penyakit barah serta sedang menjalani rawatan. Bagi ibu yang disahkan menghidapi HIV jika menyusukan anak, risikonya adalah tinggi. Bayi berisiko 50 peratus dijangkiti penyakit bahaya itu jika ibu menyusukannya.
Sementara itu, wanita yang menghidapi barah tidak boleh menyusukan anak ketika dalam rawatan kerana dibimbangi bayi akan turut mengalami kesan ubat dan rawatan bagi menyembuhkan penyakit itu. Ini membahayakan kesihatan bayi itu. Turut berceramah, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang membicarakan topik Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Islam, berkata, kemajuan gaya hidup yang dicapai hari ini menyebabkan ada segelintir ibu bapa menafikan hak penyusuan anak mereka.
"Ada ibu bapa beranggapan, amalan penyusuan susu ibu kononnya, tidak moden dan tidak glamour. Justeru, untuk menyesuaikan dengan kemajuan hari ini, mereka memilih susu formula menjadi pengganti susu ibu. Apabila ibu bapa bermain dengan perasaan seumpama itu, ia sekali gus menafikan hak anak itu," tegas Mohd Zainuddin. Katanya, amalan penyusuan ibu dilihat sesuatu yang penting dalam kehidupan bayi dan ini dibuktikan sejarah zaman Rasulullah. Sebaik saja seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, keluarga atau waris akan mencari ibu susuan untuk bayi berkenaan.
"Keluarga atau waris akan memilih wanita keturunan baik-baik untuk menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu. Ini menunjukkan, betapa penting susu semula jadi yang dihasilkan oleh manusia lebih baik daripada haiwan untuk diberikan kepada anak," ujarnya. Kata Mohd Zainuddin, dalam Islam persoalan memberi susu kepada anak ialah tugas ibu tetapi ia tidak bermakna bapa harus melepaskan semua bebanan itu kepada isteri. Sebaliknya, bapa juga turut bertanggungjawab memberikan makanan yang baik kepada anak baru dilahirkan itu.
"Dalam Islam adalah hak ibu untuk menuntut bayaran daripada ayah (suami) jika diminta menyusukan anak. Bagaimanapun, arahan itu bukan sesuatu yang mutlak dan sebaik-baiknya dipenuhi mengikut kemampuan suami. Dalam hal ini, amat baik jika bapa bertanggungjawab memberi nafkah yang cukup dan memastikan isteri mendapat makanan berkhasiat supaya amalan penyusuan secara semula jadi dapat dilakukan tanpa halangan dan masalah," jelas beliau.
Katanya, jika bapa (suami) meninggal, hilang atau tidak dapat dikesan ketika bayi itu dilahirkan, adalah menjadi tanggungjawab waris memberikan nafkah kepada wanita itu bagi memastikan hak penyusuan anak dapat dilaksanakan. Mohd Zainuddin menambah, sekiranya suami atau isteri hendak memutuskan susu ibu, kedua-duanya mesti berbincang sehingga mencapai persetujuan yang sama. "Si isteri atau si suami tidak boleh membuat keputusan melulu jika hendak memutuskan susu ibu pada bayi. Sebaliknya, mereka perlu berbincang dan membuat keputusan bersama kerana ia membabitkan masa depan dan kesihatan bayi itu," katanya.
Sumber: Berita Harian - Wed, Aug 28, 2002
By Nor Affizar Ibrahim
Posted by jasmah at 21:55 0 comments
Tuesday, 17 May 2011
ADAM NAFIS BIN MOHD ZAIMILNUDIN
30 JAN 2011, 3.35AM :: pop!pop! tiba2 mak freeze!!tak boleh gerak!!! "abang!!!air ketuban dah pecah!!" abah bangun terkulat2. .."haaa...biar betol?" "betol la kot" mak x boleh nak confirm...erm...tak sakit pun..kita tunggu la kejap ek...
4.30 AM :: alamak abg, lain mcm je sakit perut nih...dah nak bersalin ker??mak panik...abah juga....jom la kita pegi hospital, bawa semua brg...erm, nak pakai baju apa nih??takkan nak pakai baju tido?tapi mak dah seram sejuk...pakai je la baju tido ni ye..mak dah blur...
brg2 diambil, abah gapai kunci kereta, kunci pintu dan berjalan lah kami berdua, turun lif, masuk kereta, memulakan perjalanan...HOSPITAL BERSALIN PULAU PINANG : ini kali ke-2 mak ke sini. tapi kali ni lebih mendebarkan..."abg, betul ke baby nak keluar dah ni?takutnya..."
6.29 AM :: tangisan si kecil kedengaran...MASYA ALLAH!!!mak selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat comel di mata mak dan abah...ALHAMDULILLAH, abah berada di sisi mak sepanjang proses kelahiran...TERIMA KASIH ABG...semua ahli keluarga dimaklumkan...."haaa!!!dah bersalin??cepatnya!!" itu lah reaksi semua yg mendengar...
nama apa baby???erm....mak dan abah blur lagi...nak letak nama apa? mak dan abah tak ada apa2 cadangan langsung...aduh....panjang cerita...akhirnya nama ADAM NAFIS dipilih...TAULADAN YANG BERNILAI...
semoga Adam akan menjadi tauladan yg amat bernilai untuk adik2 Adam kelak..insya Allah...mak dan abah sangat2 sayangkan Adam ~
Posted by jasmah at 22:50 0 comments